Latar belakang Bantahan_Myanmar_2021

Rampasan kuasa Myanmar 2021 bermula pada pagi 1 Februari 2021 ketika ahli parti pemerintah Myanmar yang dipilih secara demokratik, Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD), digulingkan oleh Tatmadaw, tentera Myanmar, yang diberikan kuasa dalam stratokrasi, Majlis Pentadbiran Negara. Tatmadaw mengisytiharkan darurat selama setahun dan menyatakan kuasa telah diberikan kepada Panglima Perkhidmatan Pertahanan Min Aung Hlaing. Rampasan kuasa berlaku sehari sebelum Parlimen Myanmar akan angkat sumpah dengan ahli yang dipilih pada pilihan raya umum November 2020, supaya acara ini tidak dapat dilakukan.[16][17][18] Presiden Win Myint dan Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi ditahan, bersama menteri dan timbalannya serta ahli Parlimen.[19][20]

Amerika Syarikat secara rasmi mengisytiharkan pengambilalihan tentera sebagai rampasan kuasa dan berjanji akan kenakan hukuman lebih lanjut terhadap para jeneral di sebalik rampasan itu.[21][22]

Rujukan

WikiPedia: Bantahan_Myanmar_2021 http://www.xinhuanet.com/english/2021-02/01/c_1397... //www.worldcat.org/issn/0362-4331 https://www.abc.net.au/news/2021-02-05/myanmar-blo... https://www.aljazeera.com/news/2021/2/28/one-repor... https://apnews.com/article/aung-san-suu-kyi-myanma... https://apnews.com/article/myanmar-blocks-facebook... https://www.bangkokpost.com/thailand/general/20760... https://www.bbc.com/news/world-asia-56137025 https://www.bbc.com/news/world-asia-56265962 https://cdm2021.com/